SELAMAT DATANG

Friday, 7 September 2018

7 Sept 2018
23 : 13 pm
Bangi Avenue

Selamat malam ...
Aku tak tahu la dengan perasaan aku... kadang2 aku betul2 cuba nak faham dia tapi dalam masa yang sama aku keliru.
Betul ke dia nie serius? Betul ke dia nie single? Hm.. entah la takut jugak kekadang kalau dia tipu aku. Yela sebab dulu aku pernah je tolak cinta dia. Kot la dia nak balas dendam ke apa kan. 

Minum jap... 
Stress... sekarang nie susah pulak nak wasap dia malam2... haa time2 camnie la yang buat aku fikir yang dia nie mungkin dah kawin. Kang aku tanya dia kata aku tak percaya dia pulak. Bukan aku tak pernah tanya.. pernah je. Apa2 pun aku harap dia jujur la 😭😭😭

Aku dah la mula sayang kat dia... kalau dia tipu aku, tinggal aku.. frust la jawabnya lagi... 😔
Eh tak nak la... aku dah 25 tahun kot tahun nie. Tahun depan dah 26 tahun, aku malas nak dengar suara2 sumbang nanti asik dok tanya itu ini... memang aku percaya dengan aturan-Nya tapi tipu la kan kalau kita tak berharap something yang kita inginkan. That's why la aku cuba tuk jaga relay nie even banyak kali gak la gaduh... 

Dah la.. stress pulak aku fikir .
Tido dulu...
Nite.
Xoxo 

Sunday, 2 September 2018

2 sept 2018
14 : 27 pm
Bangi avenue 2

Xde mood la... asyik gaduh.. gaduh..gaduh...
Penat 😢😢

Aku tak cite lagj kan sekarang aku dengan siapa sebenarnya, xpe la buat masa sekarang biar la jadi tanda tanya. Bukan apa, kitorang sehari kalau tak gaduh tak sah ! Aku xtau la aku yang tak faham dia ke dia tak faham aku ke dua2 tak faham diri masing2... entah la, kadang-kadang aku rasa give up dengan relay nie.

Orang kata pasangan yang asyik gaduh nie jodoh kuat.. bole percaya ke? Aku rasa macam sakit hati je balik2 gaduh.. benda kecik je pun dibesarkan. Serabut ! Stress ! Lebih baik xyah ad relay la kalau setakat nak menyakitkan hati je. Aku penat nak pujuk hati sendiri..  sampai bila aku nak berlagak acah2 aku ok walhal dalam hati nie dah bengkak.. bernanah..  cuma aku xnk tunjuk je.. kenapa? Kalau aku tunjuk pun kau tetap anggap aku mengada2 kan..

Entah la.. aku perempuan wei.. sekuat mana pun aku cuba bertahan, tipu kalau airmata aku tak mengalir... dulu bila aku tak terima kau, kau merayu nak aku..
Sekarang? Aku terima, aku cuba faham kau, aku cuba buat yang terbaik. Tapi kau pulak tak nak faham aku... aku ada perasaan tau... tolong la 😭

Aku tak mintak banyak, cuma perhatian dari kau untuk masa kita yang limit nie.. tu je... kau sendiri tau kau xde masa tuk aku.... so bila ad masa tu, kenapa kau xnk bagi perhatian tu kat aku... kalau berterusan macam nie... jangan salahkan aku jika ad org lain ambik peluang itu dan aku jatuh cinta pada dia...

Friday, 31 August 2018

Crush

30 Ogos 2018
23 : 48 pm
Bangi Avenue 2


Rasa macam kelakar pulak. Hihi
Lama dah rasanya tak tulis diari kehidupan. Last buat zaman sekolah je.  Memandangkan sekarang nie kita tak ada orang tempat meluahkan, sokey.. aku boleh luahkan semuanya kat sini.

Ok, hari nie aku tak sihat sangat.. sakit kepala.. nak kata migraine tak pernah pulak sampai 2 hari . Cuma aku takut aku ada HBP je... tak g check pun lagi. Takut.  Ooh ya, btw.. sekarang nie aku tak tahu la aku bahagia ke tak. Aku sebenarnya crush dengan someone. Tapi.. HUSBAND ORANG ! 😭

Aku kenal dia lama dah dari tahun 2014. Kawan je masa tu sebab tahu dia kan suami orang. Then dalam 2016 aku senyap, tak contact dia dah sebab aku dah ada pakwe masa tu ( bukan pakwe la just ttm tp still mengharap untuk dia declare dengan aku ). Alih2.. dia kawen dengan orang lain 😢😢😢

Macam orang mati laki aku masa tu, yelah.. sayang kot. Start dari situ aku mula tutup hati aku.. walaupun kawan2 bagi semangat, siap kata ada yang lebih baik, aku cuba tau.. aku cuba terima orang lain dengan harapan aku boleh lupakan dia. Tapi tak bertahan.. tak sampai sebulan aku sendiri yang mintak putus. Aku tak boleh tipu hati aku.. tak kan aku nak teruskan kalau hati aku tak ada perasaan sayang, cinta, rindu kat orang tu. So better aku hentikan kerja giler nie.

2018, suddenly suami orang tu. Ok aku gelarkan dia dengan nama Is ( bukan nama sebenar ) contact aku semula.. tak tahu kenapa.. dia teringat kat aku kot. So aku layan je. Yelah kan lama tak contact, rindu la jugak nak sembang. And you know what. I terfall in love dengan dia. My god, masa tu memang rasa it’s ok.. sebab dia pun duk sayang2 dengan aku.. siap suh panggil dia abg lagi, so kau rasa? Haa kan...


For the first time aku jumpa dia kat depan rumah. Dia pun datang mengejut. Dan aku betul2 dah jatuh cinta dengan dia. Serius aku suka dia. Cuma yang buat aku fikir sebab dia dah kawin.. aku pulak jenis tak suka nak kongsi tapi aku bukan jenis nak suruh dia ceraikan isteri dia even dia bagitahu yang dia memang ada problem dengan wife dia.


Selepas jumpa malam tu, aku mula rindukan dia.. tak tipu sampaikan aku curi 1 gambar dia kat fb. Just apa yang buat aku macam jelez.. bila dia balik kg jumpa isteri dan anak2 dia..( is umur 32 tahun ) dia mesti tak ingat aku.. whatsapp aku tak reply, call apatah lagi. Akhirnya aku terpaksa la redha yang dia memang bukan untuk aku.


Ada lagi nak bagitahu nie.. tapi next chapter ye..
Ngantuk dah.. genite.


Sunday, 24 November 2013



my h0usemate ^_^

baris pertama dari kiri :

nurul syazwanie
norarieza
syafiqah
noraliza
alifah
nadia
noraziah
sabriani
morin


semester 1 : 25 Mei 2011 adalah tarikh sy daftar masuk kolej... dan secara rasminya mereka la yg jadi peneman sepanjang sem 1.. 

1) nurul syazwanie 
>> berasal dari kota kinabalu, sabah. N0w berumur 20 tahun. Mula2 kenal dengan dia, dia lebih banyak diam.. :)

2) norarieza        
  >> berasal dari miri, sarawak. N0w berumur 20 tahun. Mula jumpa dengan dia, ok.. pendiam then bila dah biasa, dah kenal.. banyak cakap jugak dia nie..hehe

3) syafiqah           
>> berasal dari kota kinabalu, sabah. Now berumur 20 tahun. Banyak cakap, sukar untuk memahami dia tapi bila kita bertanya tentang apa yang dia  fikirkan, dia boleh menjawab dan berkongsi :)

4) noraliza           >> berasal dari kota kinabalu, sabah. N0w berumur 20 tahun. Dia nie memang dah kenal, kawan sekampung dan kawan 1 kelas dari sekolah rendah ag :) dulu kami la yang nakal.. haha.. sekarang baik da, x nakal..hehe

5) alifah           
>> berasal dari miri, sarawak. N0w berumur 20 tahun. Peramah, mudah bergaul dengan orang yang baru kenal.. dia nie suka sangat memasak, pepagi b4 subuh, dia yang pertama bangan siapkan bekfez tuk kami semua.. :)

6) nadia            
>> berasal dari seremban, negeri sembilan. N0w berumur 20 tahun. Pendiam but bila dah bercerita.. banyak topik.. hehe

7) noraziah       
>> berasal dari kota kinabalu, sabah. N0w berumur 22 tahun. Dah kenal sangat dengan dia nie, nie adalah kkak sy.. aduyaiii...

8) sabriani        
>> berasal dari kota kinabalu, sabah. N0w berumur 20 tahun. Sorang yang peramah, mudah bergaul dengan orang yang dia baru kenal, banyak cakap dan kekadang pening sendiri..hehe

9) M0rin          
>> berasal dari miri, sarawak. N0w berumur 20 tahun. Suka bercakap, menyanyi.. kekadang layan perasaan sendiri dengan perasaan cinta... adushh..




^_____^

diorg la kawan2 yang sy ada bila masuk kolej..









DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
(SEMESTER 1)
Mei 2011


assalamualaikum...

hye, rindu pulak saat nie.. nie adalah kawan2 kelas sy but nie hanya untuk intake Mei, intake Ogos xde ag masa nie.. s0, biar sy kenalkan la ye kawan2 dalam gambar nie :)

berdiri dari kiri : sy sendiri (Hikmah), Lim e wei, Sabriani, Shima, Junaihalina, Mas Idayu, Afifa Farhana, Noor Atiqah, Suliati dan Nur Nasihah Elsaqina.

duduk dari kiri : Norarif, Razi, Ajan, Adha, Khalid, Firdaus, Zaini.



pengalaman masa semester 1 nie banyak, salah satunya ialah... sy la satu2nya budak sabah, s0 agak susah bg sy tuk berkomunikasi dengan diorg, sbb apa?? sbb diorg x berapa nak faham apa yang sy ckp.. aduyaii.. sangat mencabar bila wat presentation.. hehe

tapi apa2 pn memang best dan sy x pernah terfikir pn masa tu tuk berada di negeri orang, jauh dari family.. satu pengalaman yang menarik di mana sy terpaksa menahan rindu pada family..housemate pn kta bru kenal s0 susah nak bercerita pd diorg.

ok la, next time sy cite ag.. :)