SELAMAT DATANG

Friday, 31 August 2018

Crush

30 Ogos 2018
23 : 48 pm
Bangi Avenue 2


Rasa macam kelakar pulak. Hihi
Lama dah rasanya tak tulis diari kehidupan. Last buat zaman sekolah je.  Memandangkan sekarang nie kita tak ada orang tempat meluahkan, sokey.. aku boleh luahkan semuanya kat sini.

Ok, hari nie aku tak sihat sangat.. sakit kepala.. nak kata migraine tak pernah pulak sampai 2 hari . Cuma aku takut aku ada HBP je... tak g check pun lagi. Takut.  Ooh ya, btw.. sekarang nie aku tak tahu la aku bahagia ke tak. Aku sebenarnya crush dengan someone. Tapi.. HUSBAND ORANG ! 😭

Aku kenal dia lama dah dari tahun 2014. Kawan je masa tu sebab tahu dia kan suami orang. Then dalam 2016 aku senyap, tak contact dia dah sebab aku dah ada pakwe masa tu ( bukan pakwe la just ttm tp still mengharap untuk dia declare dengan aku ). Alih2.. dia kawen dengan orang lain 😢😢😢

Macam orang mati laki aku masa tu, yelah.. sayang kot. Start dari situ aku mula tutup hati aku.. walaupun kawan2 bagi semangat, siap kata ada yang lebih baik, aku cuba tau.. aku cuba terima orang lain dengan harapan aku boleh lupakan dia. Tapi tak bertahan.. tak sampai sebulan aku sendiri yang mintak putus. Aku tak boleh tipu hati aku.. tak kan aku nak teruskan kalau hati aku tak ada perasaan sayang, cinta, rindu kat orang tu. So better aku hentikan kerja giler nie.

2018, suddenly suami orang tu. Ok aku gelarkan dia dengan nama Is ( bukan nama sebenar ) contact aku semula.. tak tahu kenapa.. dia teringat kat aku kot. So aku layan je. Yelah kan lama tak contact, rindu la jugak nak sembang. And you know what. I terfall in love dengan dia. My god, masa tu memang rasa it’s ok.. sebab dia pun duk sayang2 dengan aku.. siap suh panggil dia abg lagi, so kau rasa? Haa kan...


For the first time aku jumpa dia kat depan rumah. Dia pun datang mengejut. Dan aku betul2 dah jatuh cinta dengan dia. Serius aku suka dia. Cuma yang buat aku fikir sebab dia dah kawin.. aku pulak jenis tak suka nak kongsi tapi aku bukan jenis nak suruh dia ceraikan isteri dia even dia bagitahu yang dia memang ada problem dengan wife dia.


Selepas jumpa malam tu, aku mula rindukan dia.. tak tipu sampaikan aku curi 1 gambar dia kat fb. Just apa yang buat aku macam jelez.. bila dia balik kg jumpa isteri dan anak2 dia..( is umur 32 tahun ) dia mesti tak ingat aku.. whatsapp aku tak reply, call apatah lagi. Akhirnya aku terpaksa la redha yang dia memang bukan untuk aku.


Ada lagi nak bagitahu nie.. tapi next chapter ye..
Ngantuk dah.. genite.