SELAMAT DATANG

Friday, 7 September 2018

7 Sept 2018
23 : 13 pm
Bangi Avenue

Selamat malam ...
Aku tak tahu la dengan perasaan aku... kadang2 aku betul2 cuba nak faham dia tapi dalam masa yang sama aku keliru.
Betul ke dia nie serius? Betul ke dia nie single? Hm.. entah la takut jugak kekadang kalau dia tipu aku. Yela sebab dulu aku pernah je tolak cinta dia. Kot la dia nak balas dendam ke apa kan. 

Minum jap... 
Stress... sekarang nie susah pulak nak wasap dia malam2... haa time2 camnie la yang buat aku fikir yang dia nie mungkin dah kawin. Kang aku tanya dia kata aku tak percaya dia pulak. Bukan aku tak pernah tanya.. pernah je. Apa2 pun aku harap dia jujur la 😭😭😭

Aku dah la mula sayang kat dia... kalau dia tipu aku, tinggal aku.. frust la jawabnya lagi... 😔
Eh tak nak la... aku dah 25 tahun kot tahun nie. Tahun depan dah 26 tahun, aku malas nak dengar suara2 sumbang nanti asik dok tanya itu ini... memang aku percaya dengan aturan-Nya tapi tipu la kan kalau kita tak berharap something yang kita inginkan. That's why la aku cuba tuk jaga relay nie even banyak kali gak la gaduh... 

Dah la.. stress pulak aku fikir .
Tido dulu...
Nite.
Xoxo 

Sunday, 2 September 2018

2 sept 2018
14 : 27 pm
Bangi avenue 2

Xde mood la... asyik gaduh.. gaduh..gaduh...
Penat 😢😢

Aku tak cite lagj kan sekarang aku dengan siapa sebenarnya, xpe la buat masa sekarang biar la jadi tanda tanya. Bukan apa, kitorang sehari kalau tak gaduh tak sah ! Aku xtau la aku yang tak faham dia ke dia tak faham aku ke dua2 tak faham diri masing2... entah la, kadang-kadang aku rasa give up dengan relay nie.

Orang kata pasangan yang asyik gaduh nie jodoh kuat.. bole percaya ke? Aku rasa macam sakit hati je balik2 gaduh.. benda kecik je pun dibesarkan. Serabut ! Stress ! Lebih baik xyah ad relay la kalau setakat nak menyakitkan hati je. Aku penat nak pujuk hati sendiri..  sampai bila aku nak berlagak acah2 aku ok walhal dalam hati nie dah bengkak.. bernanah..  cuma aku xnk tunjuk je.. kenapa? Kalau aku tunjuk pun kau tetap anggap aku mengada2 kan..

Entah la.. aku perempuan wei.. sekuat mana pun aku cuba bertahan, tipu kalau airmata aku tak mengalir... dulu bila aku tak terima kau, kau merayu nak aku..
Sekarang? Aku terima, aku cuba faham kau, aku cuba buat yang terbaik. Tapi kau pulak tak nak faham aku... aku ada perasaan tau... tolong la 😭

Aku tak mintak banyak, cuma perhatian dari kau untuk masa kita yang limit nie.. tu je... kau sendiri tau kau xde masa tuk aku.... so bila ad masa tu, kenapa kau xnk bagi perhatian tu kat aku... kalau berterusan macam nie... jangan salahkan aku jika ad org lain ambik peluang itu dan aku jatuh cinta pada dia...